Promote Your Service? Contact Us

Name

Email *

Message *

Kursus SICW di Tapak Binaan

Kami jurulatih kad hijau, akan membuat kelas kad hijau yang paling murah di SELURUH MALAYSIA. Bermula Februari 2021, kami TELAH MENGHENTIKAN kelas awam/terbuka dan beralih semula kepada kelas tertutup/private iaitu INHOUSE TRAINING di site masing-masing.


Susulan situasi tidak menentu Covid-19 yang melanda negara, TMH Padu di Akademi Kad Hijau memutuskan hanya membuat kelas private.


Kami menyediakan SICW inhouse training dengan CAJ PENGURUSAN MINIMA kerana dibuat di tapak binaan sendiri. Jadi anda tidak perlu menyewa sebuah bas atau van untuk menghantar pekerja anda ke pusat latihan. Zaman sekarang shopping online pun ada courier cost.


TEMPOH

Kursus SICW dengan pihak kami boleh dibuat secepat 14 hari.


BAYARAN

Bayaran kami yang terendah iaitu RM 1,000 sahaja sekitar Kuala Lumpur untuk separuh kelas.

Bayaran di kawasan lain Semenanjung Malaysia pula adalah RM1,750 sahaja.


Tiada lagi caj melalui CIDB. Cuma ini sahaja bayaran yang perlu dibuat.


Namun begitu, utk mengelakkan bayaran terendah ini dimanipulasi, sebut harga (quotation) hanya diberi kepada kontraktor yg TELAH bersetuju dgn harga yg dinyatakan sahaja, dilarang meminta sebut harga kami utk tujuan perbandingan harga dgn jurulatih yg lain.

Sila hubungi terus jurulatih terbabit: 019-6782385 atau 019-3687814 (Puan Mastura) untuk pertanyaan kelas di tapak binaan sahaja, pertanyaan memproses kad hijau sila hubungi CIDB

Saturday, October 31, 2020

Kursus Kad Hijau November 2020

  Salam sejahtera


Berita baik! Kami jurulatih kad hijau, akan membuat kelas kad hijau yang paling murah di KL pada bulan November 2020 ini. Tempat ini dipilih kerana terletak di public transport.  Seiring dengan PKPB Lembah Klang yang bakal ditamatkan pada 9 November 2020, kami mulakan kelas Isnin minggu yang seterusnya 


Monorail: Stesyen "TITIWANGSA"
LRT: Stesyen "TITIWANGSA"
Go Green Bus (Bas percuma): BLUE LINE stesyen terakhir "TITIWANGSA SENTRAL" 

BUTIRAN KELAS KUALA LUMPUR

Nama Kursus: Safety Induction For Construction Workers (SICW)
Tarikh: 
16, 23 & 30 November 2020 
(Setiap hari Isnin)
SEKIRANYA PKPB DILANJUTKAN, JANGAN BIMBANG KERANA BAYARAN ANDA AKAN DIBAWA KE KELAS BERIKUTNYA
Masa: 8.00 pagi - 3.30 petang
Tempat: Plaza Pekeliling, Sentul
Bayaran Akademi: RM25 ringgit perlu dibayar pada pagi latihan
Laman web rasmi CIDB: http://cims.cidb.gov.my (bayaran RM25 di CIMS online)
Jumlah bayaran yang perlu  disediakan: RM50 


Untuk mengikuti kelas kad hijau seperti di atas, sila daftar terlebih dahulu kemudian klik link berikut: SINI dan PILIH: tarikh dikehendaki  > KUALA LUMPUR > TMH Padu Resources

- Kalau tak faham cara daftar kelas, baca tutorial ini. Daftar cuma sekejap hanya 3 minit sahaja.


BAYARAN

Bayaran ada 2 jenis iaitu:

1) RM 25 seorang SEBELUM kelas dijalankan iaitu pembayaran mestilah dibuat sendiri oleh peserta di kaunter CIDB/laman web CIDB jika tidak nama tidak tersenarai dan TIDAK LAYAK menduduki kelas.

Bayaran ini adalah bayaran kursus yang mana sebelum ini percuma kerana telah disubsidi oleh kerajaan. Bermula Februari 2016, subsidi ini telah pun ditarik balik dan peserta/majikan hendaklah membiayai sendiri kos latihan ini. Manakala jabatan-jabatan berkenaan (Training Department / Project Department / HSE Department) hendaklah menambah peruntukan anda berbanding sebelum subsidi.

Cara Pembayaran online: LOGIN SEMULA ke akaun masing-masing dan tekan butang CARIAN  > STATUS PERMOHONAN

- Sebarang masalah tentang bayaran sila email: SINI    (Jangan Telefon) 

2) RM 25 seorang SEMASA kelas dijalankan iaitu pembayaran mestilah dibuat secara TUNAI pada pagi latihan. Jika tidak membayar anda TIDAK LAYAK mendapat sijil

Namun begitu, kami juga menyediakan latihan in house di tapak binaan masing-masing denga CAJ PENGURUSAN MINIMA kerana dibuat di tapak binaan sendiri. Jadi anda tidak perlu menyewa sebuah bas atau van untuk menghantar pekerja anda ke pusat latihan. Zaman sekarang shopping online pun ada courier cost, kalau semua benda nak free memanglah tak dapat. Sila hubungi terus jurulatih terbabit: 019-3687814 (Puan Mastura) untuk pertanyaan kelas di tapak binaan sahaja, pertanyaan kad hijau sila hubungi CIDB

Friday, October 16, 2020

[IMPORTANT] TEMPORARY CLOSE FOR CMCO / PKPD IN KLANG VALLEY

 


Salam sejahtera,

Dukacita dimaklumkan bahawa kelas SICW telahpun ditunda di LEMBAH KLANG akibat peningkatan jangkitan Covid-19. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan pada 14 Oktober 2020 yang lalu menyebabkan:

1. Pendaftaran dan pembaharuan semua kontraktor & personel binaan telah ditunda sehinggalah krisis tamat.

2. Kelas SICW tidak berjalan dan peserta yang telah mendaftar dan melakukan pembayaran online akan ditransferkan ke tarikh baharu (Isnin) sebaik sahaja krisis tamat. Tarikh dijangkakan adalah 28 Oktober.

Pihak kami menjangkakan PKPD ini akan berterusan memandangkan keadaan di Putrajaya, Kuala Lumpur & Selangor mengalami peningkatan jangkitan. Dengan itu, diminta semua peserta online bersabar dan pihak jurulatih akan terus mentransferkan nama-nama peserta ke kelas TERCEPAT sebaik sahaja laman web rasmi CIDB beroperasi seperti biasa.

Semua pelajar diminta memandang SERIUS Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dan sebarang perlanggaran arahan bakal menyebabkan PKPD akan berlanjutan untuk tempoh yang lama dan tidak mustahil sehingga beberapa minggu lagi. Oleh itu, pihak jurulatih mewakili CIDB memohon semua peserta mematuhi perintah kerajaan dan melakukan yang terbaik. Semoga kita akan bertemu kembali pada bulan November.

Sekian, terima kasih

Temporary Pass