Promote Your Service? Contact Us

Name

Email *

Message *

Kursus SICW di Tapak Binaan

Kami jurulatih kad hijau, akan membuat kelas kad hijau yang paling murah di SELURUH MALAYSIA. Bermula Februari 2021, kami TELAH MENGHENTIKAN kelas awam/terbuka dan beralih semula kepada kelas tertutup/private iaitu INHOUSE TRAINING di site masing-masing.


Susulan situasi tidak menentu Covid-19 yang melanda negara, TMH Padu di Akademi Kad Hijau memutuskan hanya membuat kelas private.


Kami menyediakan SICW inhouse training dengan CAJ PENGURUSAN MINIMA kerana dibuat di tapak binaan sendiri. Jadi anda tidak perlu menyewa sebuah bas atau van untuk menghantar pekerja anda ke pusat latihan. Zaman sekarang shopping online pun ada courier cost.


TEMPOH

Kursus SICW dengan pihak kami boleh dibuat secepat 14 hari.


BAYARAN

Bayaran kami yang terendah iaitu RM 1,000 sahaja sekitar Kuala Lumpur untuk separuh kelas.

Bayaran di kawasan lain Semenanjung Malaysia pula adalah RM1,750 sahaja.


Tiada lagi caj melalui CIDB. Cuma ini sahaja bayaran yang perlu dibuat.


Namun begitu, utk mengelakkan bayaran terendah ini dimanipulasi, sebut harga (quotation) hanya diberi kepada kontraktor yg TELAH bersetuju dgn harga yg dinyatakan sahaja, dilarang meminta sebut harga kami utk tujuan perbandingan harga dgn jurulatih yg lain.

Sila hubungi terus jurulatih terbabit: 019-6782385 atau 019-3687814 (Puan Mastura) untuk pertanyaan kelas di tapak binaan sahaja, pertanyaan memproses kad hijau sila hubungi CIDB

Thursday, June 17, 2021

Harga Baharu Kelas Private SICW (no hidden charge)

Salam sejahtera,

TMH Padu ingin membuat price adjustment selepas lockdown. Hal ini kerana CIDB telah memansuhkan caj CIMS menjadikan kursus kad hijau semakin murah iaitu jimat 25 ringgit seorang. Oleh itu, pastinya tiada majikan atau individu yang bakal terkesan. Ingin saya ingatkan bahawa kursus SICW ini hanya SEKALI SAHAJA SEUMUR HIDUP dan kosnya TIDAK AKAN BERULANG. 

Perkara ini semestinya adalah berita gembira buat majikan tetapi bukan jurulatih kerana caj CIMS 25 ringgit tersebut adalah sebahagian upah kami. Oleh itu, TMH Padu Resources akan membuat sedikit kenaikan dalam 12% daripada harga lama. Hal ini disebabkan beberapa cost utama telah dinaikkan iaitu pembaharuan (renewal) lesen jurulatih CIDB memerlukan RM 20 ribu di akaun masing-masing.

Permohonan TMH Padu pernah ditolak kerana tidak cukup RM150 sahaja, huhuhu... bayangkanlah. Syarat ini baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2019. 

Namun begitu, TMH Padu menjanjikan harga ini adalah yang termurah & pengajaran yang berkesan. Jurulatih kami sentiasa mematuhi kenyataan dan SOP CIDB sekaligus muncul sebagai team yang dilantik dalam Action Committee of Trainer SICW (Seluruh Semenanjung Malaysia). Kami antara jurulatih yang boleh mengajar dalam bahasa Inggeris disebabkan latar belakang bekerja di syarikat MNC iaitu syarikat dari Netherlands & Switzerland. 



Monday, June 14, 2021

Status kelas SICW waktu ini


 Oleh kerana seluruh negara sedang berlangsung PKP / MCO, dengan ini tarikh untuk kelas seterusnya bolehlah dimulakan 29hb June (reserved date)

Sebagai jurulatih kami berada dalam whatsapp group SEMUA trainer di seluruh Malaysia & info terkumpul mendapati banyak kontraktor/majikan mengadu bahawa pekerja mereka tiada kad hijau & bimbang meneruskan kerja di saat pihak berkuasa sedang giat membuat pemantauan sempena Covid-19. Tujuan asal nak check Covid tapi ter check sekali kad hijau.. ye tak?

Oleh itu, saya menasihati majikan supaya membuat perancangan awal (booking tarikh) bermula sekarang. Hal ini disebabkan kita tidak pasti sekiranya tarikh PKP dilanjutkan atau tidak, sekiranya PKP tidak dilanjutkan majikan tidak perlu bazirkan 2 minggu selepas PKP tamat & boleh buat kelas dengan SERTA MERTA.

Jika PKP diteruskan, jurulatih masih boleh edit kepada tarikh baharu. Tapi jika terlepas kena menunggu 2 minggu.

Buat perancangan segera kerana bimbang PKP 4.0 pula berlaku kemudian hari. Hubungi Puan Mastura 019-3687814 untuk kelas SICW di tapak binaan 

Temporary Pass