Promote Your Service? Contact Us

Name

Email *

Message *

Kursus SICW di Tapak Binaan

Kami jurulatih kad hijau, akan membuat kelas kad hijau yang paling murah di SELURUH MALAYSIA. Bermula Februari 2021, kami TELAH MENGHENTIKAN kelas awam/terbuka dan beralih semula kepada kelas tertutup/private iaitu INHOUSE TRAINING di site masing-masing.


Susulan situasi tidak menentu Covid-19 yang melanda negara, TMH Padu di Akademi Kad Hijau memutuskan hanya membuat kelas private.


Kami menyediakan SICW inhouse training dengan CAJ PENGURUSAN MINIMA kerana dibuat di tapak binaan sendiri. Jadi anda tidak perlu menyewa sebuah bas atau van untuk menghantar pekerja anda ke pusat latihan. Zaman sekarang shopping online pun ada courier cost.


TEMPOH

Kursus SICW dengan pihak kami boleh dibuat secepat 14 hari.


BAYARAN

Bayaran kami yang terendah iaitu RM 1,000 sahaja sekitar Kuala Lumpur untuk separuh kelas.

Bayaran di kawasan lain Semenanjung Malaysia pula adalah RM1,750 sahaja.


Tiada lagi caj melalui CIDB. Cuma ini sahaja bayaran yang perlu dibuat.


Namun begitu, utk mengelakkan bayaran terendah ini dimanipulasi, sebut harga (quotation) hanya diberi kepada kontraktor yg TELAH bersetuju dgn harga yg dinyatakan sahaja, dilarang meminta sebut harga kami utk tujuan perbandingan harga dgn jurulatih yg lain.

Sila hubungi terus jurulatih terbabit: 019-6782385 atau 019-3687814 (Puan Mastura) untuk pertanyaan kelas di tapak binaan sahaja, pertanyaan memproses kad hijau sila hubungi CIDB

Wednesday, August 31, 2022

Insurans Berkelompok dari CIDB

Untuk yang belum tahu, kad hijau mengandungi benefit sampingan iaitu insurans yang bernilai:

21,500

21 ribu adalah jumlah maksimum sekiranya berlaku kematian (mohon dijauhkan, marilah bekerja secara selamat & sihat). Namun begitu, untuk kecederaan jumlah tersebut akan berkurangan dan pampasan jumlah tertentu akan diberikan.

Manakala 500 ringgit itu sebenarnya khairat kematian/kos pengebumian sekiranya berlaku kematian.

Selain dari itu, CIDB juga memberikan elaun hospital untuk maksimum 2 minggu dengan kadar hospital kerajaan sahaja. Bagi saya walaupun tidaklah banyak, ia masih boleh menampung kehidupan pekerja sementara menunggu pampasan dari syarikat insurans yang lain. Oleh itu, janganlah memandang rendah inisiatif CIDB ini.

Kami sering menekankan di dalam kelas SICW untuk sentiasa MEMPERBAHARUI / RENEW kad hijau supaya anda sentiasa berada dalam perlindungan insurans ini. Kami boleh dihubungi untuk renew kad hijau anda: 019-3687814 (Puan Mastura) pertanyaan insurans sila hubungi CIDB


Info ini boleh digunakan sebagai rujukan anda. Namun begitu, anda perlulah melalui proses tuntutan sendiri yang mana HR department sepatutnya menguruskan permohonan insurans anda kerana ia melibatkan info dalaman syarikat & individu terbabit. 



RENEW KAD HIJAU

 Salam sejahtera,

Seperti pengumuman yang telah dibuat, TMH Padu tidak lagi membuat kelas terbuka. Kami hanya berurusan kelas tertutup/private/inhouse training sahaja. Namun begitu, sebagai jurulatih, saya masih menawarkan perkhidmatan pembaharuan (Renewal) untuk ID majikan. 

Harga bagi ID majikan: 140 seorang dan semua urusan kad hijau dikendalikan oleh saya. 
Harga bagi ID individu: 110 seorang.

Majikan digalakkan meletakkan semua pekerja melalui ID majikan kerana kelulusan serta merta (hal ini kerana pekerja ada jaminan kad hijau melalui ID majikan). 

ID individu selalunya cumalah orang awam yang renew/datang berseorangan. Anda diminta mengikut nasihat yang saya berikan dan memberikan dokumen yang saya perlukan supaya urusan berjalan dengan lancar dan tidak tergendala/bermasalah. Jika saya suruh bagi IC, sila bagi IC kerana kalau awak taip dalam whatsapp kadangkala salah dan sistem akan bercanggah dengan JPN. Apabila sudah bermasalah, kadar bayaran tidak termasuk dengan masalah yang perlu saya selesaikan ke Menara PWTC dan memakan masa 2 minggu lamanya. Apa yang saya nasihati/minta semuanya bersebab kerana kami telah berkemahiran mengahadapi masalah selama 10 tahun lamanya. Sila hubungi Pn Mastura: 019-3687814 sekiranya TELAH BERSETUJU dengan harga di atas. 


Temporary Pass