21 ribu adalah jumlah maksimum sekiranya berlaku kematian (mohon dijauhkan, marilah bekerja secara selamat & sihat). Namun begitu, untuk kecederaan jumlah tersebut akan berkurangan dan pampasan jumlah tertentu akan diberikan.
Manakala 500 ringgit itu sebenarnya khairat kematian/kos pengebumian sekiranya berlaku kematian.
Selain dari itu, CIDB juga memberikan elaun hospital untuk maksimum 2 minggu dengan kadar hospital kerajaan sahaja. Bagi saya walaupun tidaklah banyak, ia masih boleh menampung kehidupan pekerja sementara menunggu pampasan dari syarikat insurans yang lain. Oleh itu, janganlah memandang rendah inisiatif CIDB ini.
Kami sering menekankan di dalam kelas SICW untuk sentiasa MEMPERBAHARUI / RENEW kad hijau supaya anda sentiasa berada dalam perlindungan insurans ini. Kami boleh dihubungi untuk renew kad hijau anda: 019-3687814 (Puan Mastura) pertanyaan insurans sila hubungi CIDB