Promote Your Service? Contact Us

Name

Email *

Message *

Kursus SICW di Tapak Binaan

Kami jurulatih kad hijau, akan membuat kelas kad hijau yang paling murah di SELURUH MALAYSIA. Bermula Februari 2021, kami TELAH MENGHENTIKAN kelas awam/terbuka dan beralih semula kepada kelas tertutup/private iaitu INHOUSE TRAINING di site masing-masing.


Susulan situasi tidak menentu Covid-19 yang melanda negara, TMH Padu di Akademi Kad Hijau memutuskan hanya membuat kelas private.


Kami menyediakan SICW inhouse training dengan CAJ PENGURUSAN MINIMA kerana dibuat di tapak binaan sendiri. Jadi anda tidak perlu menyewa sebuah bas atau van untuk menghantar pekerja anda ke pusat latihan. Zaman sekarang shopping online pun ada courier cost.


TEMPOH

Kursus SICW dengan pihak kami boleh dibuat secepat 14 hari.


BAYARAN

Bayaran kami yang terendah iaitu RM 1,000 sahaja sekitar Kuala Lumpur untuk separuh kelas.

Bayaran di kawasan lain Semenanjung Malaysia pula adalah RM1,750 sahaja.


Tiada lagi caj melalui CIDB. Cuma ini sahaja bayaran yang perlu dibuat.


Namun begitu, utk mengelakkan bayaran terendah ini dimanipulasi, sebut harga (quotation) hanya diberi kepada kontraktor yg TELAH bersetuju dgn harga yg dinyatakan sahaja, dilarang meminta sebut harga kami utk tujuan perbandingan harga dgn jurulatih yg lain.

Sila hubungi terus jurulatih terbabit: 019-6782385 atau 019-3687814 (Puan Mastura) untuk pertanyaan kelas di tapak binaan sahaja, pertanyaan memproses kad hijau sila hubungi CIDB

Thursday, December 16, 2021

3 Cara Menjalani Kursus Kad Hijau / SICW

 Salam sejahtera

Saya ingin menerangkan cara anda boleh pilih untuk menjalani kursus kad hijau. Ada 3 cara iaitu:

1. E-learning yang dikendalikan oleh CIDB Holdings

2. SICW online 

3. SICW kelas fizikal biasa

Buat masa ini TMH Padu menjalankan cara kedua dan ketiga dengan HARGA yang sama. 

Cara (1) mungkin kelihatan menarik, namun walaupun E-learning, cara ini mengkehendaki anda pergi EXAM ke pejabat CIDB yang terdekat. E-learning menyebabkan anda perlu:

1. 1 hari untuk E-learning

2. Merancang satu lagi hari lain untuk pergi ke CIDB untuk ambik exam. Result bukan hari yang sama ye... silalahn TUNGGU

3. Dah dapat result dan sijil barulah boleh mohon kad hijau.

Haaa nampak tak... berlapis-lapis prosesnya. Sesiapa yang tanya saya tentang E-learning ni saya tidak boleh menjawabnya kerana saya bukan staff CIDB Holding. Saya merupakan jurulatih luar. Walaupun jurulatih luar ramai, kami mempunyai harga siling kerana ada whatsapp group trainer satu MALAYSIA. Kami boleh tahu kalau ada company mintak quotation / buat survey harga di sana sini.

Sekiranya menjalani SICW cara private class dengan TMH, amatlah mudah kerana jurulatih datang ke tempat anda, tak perlu sewa bas atau drive, cukup time pukul 4 petang terus dapat sijil & balik rumah anda terus dah boleh mohon kad hijau online. TIADA EXAM. TIADA PENANTIAN SIJIL. 

Klik entry ini untuk sebut harga TMH yang terbaru. Call 019-3687814 (Mastura)



Tuesday, November 9, 2021

Renewal Kad Hijau

 Salam sejahtera,

Seperti pengumuman yang telah dibuat, TMH Padu tidak lagi membuat kelas terbuka. Kami hanya berurusan kelas tertutup/private/inhouse training sahaja. Namun begitu, sebagai jurulatih, saya masih menawarkan perkhidmatan pembaharuan (Renewal) untuk ID majikan. 

Harga bagi ID majikan: 140 seorang dan semua urusan kad hijau dikendalikan oleh saya. 
Harga bagi ID individu: 110 seorang.

Majikan digalakkan meletakkan semua pekerja melalui ID majikan kerana kelulusan serta merta (hal ini kerana pekerja ada jaminan kad hijau melalui ID majikan). 

ID individu selalunya cumalah orang awam yang renew/datang berseorangan. Anda diminta mengikut nasihat yang saya berikan dan memberikan dokumen yang saya perlukan supaya urusan berjalan dengan lancar dan tidak tergendala/bermasalah. Jika saya suruh bagi IC, sila bagi IC kerana kalau awak taip dalam whatsapp kadangkala salah dan sistem akan bercanggah dengan JPN. Apabila sudah bermasalah, kadar bayaran tidak termasuk dengan masalah yang perlu saya selesaikan ke Menara PWTC dan memakan masa 2 minggu lamanya. Apa yang saya nasihati/minta semuanya bersebab kerana kami telah berkemahiran mengahadapi masalah selama 10 tahun lamanya. Sila hubungi Pn Mastura: 019-3687814 sekiranya TELAH BERSETUJU dengan harga di atas. 


Monday, July 5, 2021

Kelas SICW bermula di 5 negeri ini!!!



Salam sejahtera 

Untuk site di bawah kelima-lima negeri ini, kelas boleh dimulakan 2 minggu dari sekarang. Jangan lupa hubungi saya dan berikan senarai nama. Harga tetap adalah 1,400 ataupun 1,225 (salah satu) walau berapa ramai pun pelajar di dalam kelas

Bagi site di negeri lain sila bersabar. Hubungi saya 019-3687814 (Puan Mastura) 


Thursday, June 17, 2021

Harga Baharu Kelas Private SICW (no hidden charge)

Salam sejahtera,

TMH Padu ingin membuat price adjustment selepas lockdown. Hal ini kerana CIDB telah memansuhkan caj CIMS menjadikan kursus kad hijau semakin murah iaitu jimat 25 ringgit seorang. Oleh itu, pastinya tiada majikan atau individu yang bakal terkesan. Ingin saya ingatkan bahawa kursus SICW ini hanya SEKALI SAHAJA SEUMUR HIDUP dan kosnya TIDAK AKAN BERULANG. 

Perkara ini semestinya adalah berita gembira buat majikan tetapi bukan jurulatih kerana caj CIMS 25 ringgit tersebut adalah sebahagian upah kami. Oleh itu, TMH Padu Resources akan membuat sedikit kenaikan dalam 12% daripada harga lama. Hal ini disebabkan beberapa cost utama telah dinaikkan iaitu pembaharuan (renewal) lesen jurulatih CIDB memerlukan RM 20 ribu di akaun masing-masing.

Permohonan TMH Padu pernah ditolak kerana tidak cukup RM150 sahaja, huhuhu... bayangkanlah. Syarat ini baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2019. 

Namun begitu, TMH Padu menjanjikan harga ini adalah yang termurah & pengajaran yang berkesan. Jurulatih kami sentiasa mematuhi kenyataan dan SOP CIDB sekaligus muncul sebagai team yang dilantik dalam Action Committee of Trainer SICW (Seluruh Semenanjung Malaysia). Kami antara jurulatih yang boleh mengajar dalam bahasa Inggeris disebabkan latar belakang bekerja di syarikat MNC iaitu syarikat dari Netherlands & Switzerland. 



Monday, June 14, 2021

Status kelas SICW waktu ini


 Oleh kerana seluruh negara sedang berlangsung PKP / MCO, dengan ini tarikh untuk kelas seterusnya bolehlah dimulakan 29hb June (reserved date)

Sebagai jurulatih kami berada dalam whatsapp group SEMUA trainer di seluruh Malaysia & info terkumpul mendapati banyak kontraktor/majikan mengadu bahawa pekerja mereka tiada kad hijau & bimbang meneruskan kerja di saat pihak berkuasa sedang giat membuat pemantauan sempena Covid-19. Tujuan asal nak check Covid tapi ter check sekali kad hijau.. ye tak?

Oleh itu, saya menasihati majikan supaya membuat perancangan awal (booking tarikh) bermula sekarang. Hal ini disebabkan kita tidak pasti sekiranya tarikh PKP dilanjutkan atau tidak, sekiranya PKP tidak dilanjutkan majikan tidak perlu bazirkan 2 minggu selepas PKP tamat & boleh buat kelas dengan SERTA MERTA.

Jika PKP diteruskan, jurulatih masih boleh edit kepada tarikh baharu. Tapi jika terlepas kena menunggu 2 minggu.

Buat perancangan segera kerana bimbang PKP 4.0 pula berlaku kemudian hari. Hubungi Puan Mastura 019-3687814 untuk kelas SICW di tapak binaan 

Tuesday, May 11, 2021

Ikut SOP untuk SICW yang selamat

 Salam sejahtera,

Seperti yang telah saya paparkan, TIADA pelajar politeknik yang dijangkiti Covid selepas 3 minggu kelas SICW berlangsung pada 24&25 April yang lepas. Jumlah pelajar seramai 240 orang untuk 6 sesi kelas dengan 5 jurulatih dari Kuala Lumpur.

Antara SOPs penjarakan sosial

Antara kursus-kursus kendalian saya sebelum ini yang terbukti tiada COVID selepas itu: 

Cheras

Sebagai jurulatih keselamatan, kami percaya bahawa mengikuti SEMUA SOP tersebut secara INKLUSIF adalah penyebab kejayaan kelas SICW kami iaitu:

1. Semua jurulatih dari Kuala Lumpur bebas Covid dan membuat health declaration kepada pihak Politeknik.

2. Bilik latihan yang besar mengurangkan air borne berkitar secara tidak sihat untuk 41 orang (40 pelajar dan seorang jurulatih)

3. Break time setiap 2 jam untuk mengurangkan air borne (memang break dibuat setiap 2 jam)

4. SOP asas - Semua peserta dikehendaki temperature screening, sanitasi tangan dan memakai mask sepanjang kelas berlangsung.
Sekiranya ada pelajar yang suhu melebihi 37.5 akan diarahkan pulang kerana suhu tinggi adalah simptom Covid (tiada pelajar demam dilaporkan)

5. SOP Penjarakan sosial sepertimana gambar adalah bukti bahawa kelas kendalian TMH Padu sentiasa mematuhi SOP yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan dan WHO.

Hasilnya, terbukti bahawa kelas kendalian kami selamat & berjaya diteruskan selepas 3 minggu tiada sesiapa disahkan terkena jangkitan atau mengalami simptom Covid-19. Dengan adanya justifikasi ini, kami dengan gembiranya menegaskan bahawa kelas SICW diteruskan selaras dengan kenyataan CIDB Malaysia.

CIDB Malaysia menegah SICW dilakukan hanya untuk 2 situasi berikut iaitu:

1. PKP / MCO
2. PKP Diperketatkan 

Namun SICW boleh diteruskan:

1. PKP Bersyarat / Conditional CMO dengan saiz bilik 2 kali ganda dari biasa
2. PKP Pemulihan / Recovery MCO - yang boleh rentas negeri tu

Oleh itu, dengan gembiranya kami mengumumkan kami bakal membuat SICW sebaik sahaja PKP tamat 7 Jun ini. Bermula 8 June, kami akan meneruskan SICW private seperti biasa. Sila hubungi Puan Mastura 019-3687814 untuk pertanyaan kelas tertutup.



Monday, May 3, 2021

Kelas Tertutup SICW di Sabak Bernam

Kelas SICW diadakan pada Ahad lepas di Hotel Grand Court Inn, Sabak Bernam, Selangor. Peserta kelas ini terdiri daripada Indonesia & Bangladesh. 

Terima kasih kepada syarikat kerana menyediakan conference room yang lengkap dengan speaker, microfon, projektor, skrin, dan white board untuk kemudahan pembelajaran. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Jimmy dan Khokon, pekerja Bangladesh yang sangat baik hati. Ini kerana selain membelikan bateri mikrofon, menyediakan PA system dll, dia juga bermurah hati membenarkan saya menggunakan salah satu bilik hotel setiap kali waktu rehat. Oleh itu dapatlah saya berehat selepas melalui pagi yang panjang (saya drive).

Namun begitu, lokasi lain selalunya saya menaiki flight sahaja supaya tidak terlalu lelah. Antara lokasinya Pengakalan Chepa, Penang dan Johor Bharu. Sekiranya Sabak Bernam, Ipoh & Kuantan saya menyewa kereta sahaja memandangkan tiada access kapal terbang. Hubungi saya sekarang untuk membuat kelas SICW di tempat anda: 019-3687814 (Mastura)

Harga luar daerah adalah tetap iaitu 1,225 sahaja sehari tak kiralah berapa orang! 



 

Sunday, April 25, 2021

Kelas Tertutup SICW di UniKL dengan teknologi canggih

Kelas di UniKL, Gombak. Saya sangat teruja dengan teknologi yang disediakan oleh pihak universiti yang mana touch skrin white board telah mula digunakan. Nak padam amatlah mudah sekali, cuma circle dan hilang!

          Selain itu pelajar-pelajar UniKL amatlah bijak dan dapat menjawab semua soalan yang saya   lontarkan. Kesimpulannya saya sengatlah berpuas hati dengan pengalaman mengajar di sini.

Looking forward the next class with UniKL again :D

 








 

Kelas tertutup SICW di Ipoh

 Kelas telah berlangsung semalam 24&25 April 2021 di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Terima kasih kepada pihak urusetia yang menjemput saya






Tuesday, March 2, 2021

PENGUMUMAN: Kelas Private SICW boleh dijalankan bermula 17 Mac 2021 & Harga telah turun!!

 


Pengumuman Penting!!

Susulan pengumuman kerajaan semalam, dengan ini dimaklumkan bahawa kami sudah berada dalam fasa CMCO / PKPB. Oleh itu, kelas SICW SUDAH BOLEH dijalankan bermula 17 Mac 2021. 

Selain dari tu, berita baik. CIDB tidak lagi mengenakan caj 25 ringgit dalam website CIMS menjadikan jumlah bayaran jurulatih adalah bersih 700 sahaja (bagi TMH Padu)

Oleh itu, diminta pihak majikan menghubungi pihak TMH Padu: 019-3687814 (Puan Mastura). 





Saturday, February 27, 2021

Renewal Kad Hijau

 Salam sejahtera,

Seperti pengumuman yang telah dibuat, TMH Padu tidak lagi membuat kelas terbuka. Kami hanya berurusan kelas tertutup/private/inhouse training sahaja. Namun begitu, sebagai jurulatih, saya masih menawarkan perkhidmatan pembaharuan (Renewal) untuk ID majikan. 

Harga bagi ID majikan: 140 seorang dan semua urusan kad hijau dikendalikan oleh saya. 
Harga bagi ID individu: 110 seorang.

Majikan digalakkan meletakkan semua pekerja melalui ID majikan kerana kelulusan serta merta (hal ini kerana pekerja ada jaminan kad hijau melalui ID majikan). 

ID individu selalunya cumalah orang awam yang renew/datang berseorangan. Anda diminta mengikut nasihat yang saya berikan dan memberikan dokumen yang saya perlukan supaya urusan berjalan dengan lancar dan tidak tergendala/bermasalah. Jika saya suruh bagi IC, sila bagi IC kerana kalau awak taip dalam whatsapp kadangkala salah dan sistem akan bercanggah dengan JPN. Apabila sudah bermasalah, kadar bayaran tidak termasuk dengan masalah yang perlu saya selesaikan ke Menara PWTC dan memakan masa 2 minggu lamanya. Apa yang saya nasihati/minta semuanya bersebab kerana kami telah berkemahiran mengahadapi masalah selama 10 tahun lamanya. Sila hubungi Pn Mastura: 019-3687814 sekiranya TELAH BERSETUJU dengan harga di atas. 


Sunday, February 14, 2021

IMPORTANT ANNOUNCEMENT

 



Salam sejahtera,

Dukacita dimaklumkan bahawa kelas SICW masih lagi ditunda di seluruh negara akibat peningkatan jangkitan Covid-19. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang telah diumumkan pada 13 Januari 2021. Susulan lanjutan SICW yang kerap ditunda oleh CIDB, dengan berat hati kami ingin membuat pengumuman penting iaitu:

Pihak TMH Padu Resources tidak lagi menjalankan kelas terbuka awam. Hal ini kerana upah mengajar kelas terbuka tidak memungkinkan Akademi Kad Hijau menjadikan kerjaya ini sebagai kerjaya sepenuh masa. 

TMH Padu Resources kini hanya menawarkan kelas tertutup (private) di tapak binaan atau pejabat korporat. Oleh itu, kami mengalu-alukan syarikat menghubungi kami bagi tujuan tersebut dan persediaan bolehlah dilakukan bermula sekarang iaitu kelas boleh dijalankan sebaik sahaja RMCO bermula

MCO > CMCM > RMCO

PKP > PKPB > PKPP
 

Harap maklum bahawa semua kelas CIDB tidak boleh dijalankan semasa MCO dan CMCO. Buat masa ini kelas hanya boleh dijalankan di: Putrajaya & zon PKP Bersyarat/Pemulihan sahaja.

Sekian, terima kasih

Temporary Pass