Salam sejahtera,
Seperti yang telah saya paparkan, TIADA pelajar politeknik yang dijangkiti Covid selepas 3 minggu kelas SICW berlangsung pada 24&25 April yang lepas. Jumlah pelajar seramai 240 orang untuk 6 sesi kelas dengan 5 jurulatih dari Kuala Lumpur.
|
Antara SOPs penjarakan sosial |
Antara kursus-kursus kendalian saya sebelum ini yang terbukti tiada COVID selepas itu:
|
Cheras |
Sebagai jurulatih keselamatan, kami percaya bahawa mengikuti SEMUA SOP tersebut secara INKLUSIF adalah penyebab kejayaan kelas SICW kami iaitu:
1. Semua jurulatih dari Kuala Lumpur bebas Covid dan membuat health declaration kepada pihak Politeknik.
2. Bilik latihan yang besar mengurangkan air borne berkitar secara tidak sihat untuk 41 orang (40 pelajar dan seorang jurulatih)
3. Break time setiap 2 jam untuk mengurangkan air borne (memang break dibuat setiap 2 jam)
4. SOP asas - Semua peserta dikehendaki temperature screening, sanitasi tangan dan memakai mask sepanjang kelas berlangsung.
Sekiranya ada pelajar yang suhu melebihi 37.5 akan diarahkan pulang kerana suhu tinggi adalah simptom Covid (tiada pelajar demam dilaporkan)
5. SOP Penjarakan sosial sepertimana gambar adalah bukti bahawa kelas kendalian TMH Padu sentiasa mematuhi SOP yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan dan WHO.
Hasilnya, terbukti bahawa kelas kendalian kami selamat & berjaya diteruskan selepas 3 minggu tiada sesiapa disahkan terkena jangkitan atau mengalami simptom Covid-19. Dengan adanya justifikasi ini, kami dengan gembiranya menegaskan bahawa kelas SICW diteruskan selaras dengan kenyataan CIDB Malaysia.
CIDB Malaysia menegah SICW dilakukan hanya untuk 2 situasi berikut iaitu:
1. PKP / MCO
2. PKP Diperketatkan
Namun SICW boleh diteruskan:
1. PKP Bersyarat / Conditional CMO dengan saiz bilik 2 kali ganda dari biasa
2. PKP Pemulihan / Recovery MCO - yang boleh rentas negeri tu
Oleh itu, dengan gembiranya kami mengumumkan kami bakal membuat SICW sebaik sahaja PKP tamat 7 Jun ini. Bermula 8 June, kami akan meneruskan SICW private seperti biasa. Sila hubungi Puan Mastura 019-3687814 untuk pertanyaan kelas tertutup.
No comments:
Post a Comment