Promote Your Service? Contact Us

Name

Email *

Message *

Kursus SICW di Tapak Binaan

Kami jurulatih kad hijau, akan membuat kelas kad hijau yang paling murah di SELURUH MALAYSIA. Bermula Februari 2021, kami TELAH MENGHENTIKAN kelas awam/terbuka dan beralih semula kepada kelas tertutup/private iaitu INHOUSE TRAINING di site masing-masing.


Susulan situasi tidak menentu Covid-19 yang melanda negara, TMH Padu di Akademi Kad Hijau memutuskan hanya membuat kelas private.


Kami menyediakan SICW inhouse training dengan CAJ PENGURUSAN MINIMA kerana dibuat di tapak binaan sendiri. Jadi anda tidak perlu menyewa sebuah bas atau van untuk menghantar pekerja anda ke pusat latihan. Zaman sekarang shopping online pun ada courier cost.


TEMPOH

Kursus SICW dengan pihak kami boleh dibuat secepat 14 hari.


BAYARAN

Bayaran kami yang terendah iaitu RM 1,000 sahaja sekitar Kuala Lumpur untuk separuh kelas.

Bayaran di kawasan lain Semenanjung Malaysia pula adalah RM1,750 sahaja.


Tiada lagi caj melalui CIDB. Cuma ini sahaja bayaran yang perlu dibuat.


Namun begitu, utk mengelakkan bayaran terendah ini dimanipulasi, sebut harga (quotation) hanya diberi kepada kontraktor yg TELAH bersetuju dgn harga yg dinyatakan sahaja, dilarang meminta sebut harga kami utk tujuan perbandingan harga dgn jurulatih yg lain.

Sila hubungi terus jurulatih terbabit: 019-6782385 atau 019-3687814 (Puan Mastura) untuk pertanyaan kelas di tapak binaan sahaja, pertanyaan memproses kad hijau sila hubungi CIDB

Tuesday, May 11, 2021

Ikut SOP untuk SICW yang selamat

 Salam sejahtera,

Seperti yang telah saya paparkan, TIADA pelajar politeknik yang dijangkiti Covid selepas 3 minggu kelas SICW berlangsung pada 24&25 April yang lepas. Jumlah pelajar seramai 240 orang untuk 6 sesi kelas dengan 5 jurulatih dari Kuala Lumpur.

Antara SOPs penjarakan sosial

Antara kursus-kursus kendalian saya sebelum ini yang terbukti tiada COVID selepas itu: 

Cheras

Sebagai jurulatih keselamatan, kami percaya bahawa mengikuti SEMUA SOP tersebut secara INKLUSIF adalah penyebab kejayaan kelas SICW kami iaitu:

1. Semua jurulatih dari Kuala Lumpur bebas Covid dan membuat health declaration kepada pihak Politeknik.

2. Bilik latihan yang besar mengurangkan air borne berkitar secara tidak sihat untuk 41 orang (40 pelajar dan seorang jurulatih)

3. Break time setiap 2 jam untuk mengurangkan air borne (memang break dibuat setiap 2 jam)

4. SOP asas - Semua peserta dikehendaki temperature screening, sanitasi tangan dan memakai mask sepanjang kelas berlangsung.
Sekiranya ada pelajar yang suhu melebihi 37.5 akan diarahkan pulang kerana suhu tinggi adalah simptom Covid (tiada pelajar demam dilaporkan)

5. SOP Penjarakan sosial sepertimana gambar adalah bukti bahawa kelas kendalian TMH Padu sentiasa mematuhi SOP yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan dan WHO.

Hasilnya, terbukti bahawa kelas kendalian kami selamat & berjaya diteruskan selepas 3 minggu tiada sesiapa disahkan terkena jangkitan atau mengalami simptom Covid-19. Dengan adanya justifikasi ini, kami dengan gembiranya menegaskan bahawa kelas SICW diteruskan selaras dengan kenyataan CIDB Malaysia.

CIDB Malaysia menegah SICW dilakukan hanya untuk 2 situasi berikut iaitu:

1. PKP / MCO
2. PKP Diperketatkan 

Namun SICW boleh diteruskan:

1. PKP Bersyarat / Conditional CMO dengan saiz bilik 2 kali ganda dari biasa
2. PKP Pemulihan / Recovery MCO - yang boleh rentas negeri tu

Oleh itu, dengan gembiranya kami mengumumkan kami bakal membuat SICW sebaik sahaja PKP tamat 7 Jun ini. Bermula 8 June, kami akan meneruskan SICW private seperti biasa. Sila hubungi Puan Mastura 019-3687814 untuk pertanyaan kelas tertutup.



Monday, May 3, 2021

Kelas Tertutup SICW di Sabak Bernam

Kelas SICW diadakan pada Ahad lepas di Hotel Grand Court Inn, Sabak Bernam, Selangor. Peserta kelas ini terdiri daripada Indonesia & Bangladesh. 

Terima kasih kepada syarikat kerana menyediakan conference room yang lengkap dengan speaker, microfon, projektor, skrin, dan white board untuk kemudahan pembelajaran. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Jimmy dan Khokon, pekerja Bangladesh yang sangat baik hati. Ini kerana selain membelikan bateri mikrofon, menyediakan PA system dll, dia juga bermurah hati membenarkan saya menggunakan salah satu bilik hotel setiap kali waktu rehat. Oleh itu dapatlah saya berehat selepas melalui pagi yang panjang (saya drive).

Namun begitu, lokasi lain selalunya saya menaiki flight sahaja supaya tidak terlalu lelah. Antara lokasinya Pengakalan Chepa, Penang dan Johor Bharu. Sekiranya Sabak Bernam, Ipoh & Kuantan saya menyewa kereta sahaja memandangkan tiada access kapal terbang. Hubungi saya sekarang untuk membuat kelas SICW di tempat anda: 019-3687814 (Mastura)

Harga luar daerah adalah tetap iaitu 1,225 sahaja sehari tak kiralah berapa orang! 



 

Temporary Pass