Promote Your Service? Contact Us

Name

Email *

Message *

Kursus SICW di Tapak Binaan

Kami jurulatih kad hijau, akan membuat kelas kad hijau yang paling murah di SELURUH MALAYSIA. Bermula Februari 2021, kami TELAH MENGHENTIKAN kelas awam/terbuka dan beralih semula kepada kelas tertutup/private iaitu INHOUSE TRAINING di site masing-masing.


Susulan situasi tidak menentu Covid-19 yang melanda negara, TMH Padu di Akademi Kad Hijau memutuskan hanya membuat kelas private.


Kami menyediakan SICW inhouse training dengan CAJ PENGURUSAN MINIMA kerana dibuat di tapak binaan sendiri. Jadi anda tidak perlu menyewa sebuah bas atau van untuk menghantar pekerja anda ke pusat latihan. Zaman sekarang shopping online pun ada courier cost.


TEMPOH

Kursus SICW dengan pihak kami boleh dibuat secepat 14 hari.


BAYARAN

Bayaran kami yang terendah iaitu RM 1,000 sahaja sekitar Kuala Lumpur untuk separuh kelas.

Bayaran di kawasan lain Semenanjung Malaysia pula adalah RM1,750 sahaja.


Tiada lagi caj melalui CIDB. Cuma ini sahaja bayaran yang perlu dibuat.


Namun begitu, utk mengelakkan bayaran terendah ini dimanipulasi, sebut harga (quotation) hanya diberi kepada kontraktor yg TELAH bersetuju dgn harga yg dinyatakan sahaja, dilarang meminta sebut harga kami utk tujuan perbandingan harga dgn jurulatih yg lain.

Sila hubungi terus jurulatih terbabit: 019-6782385 atau 019-3687814 (Puan Mastura) untuk pertanyaan kelas di tapak binaan sahaja, pertanyaan memproses kad hijau sila hubungi CIDB

Monday, June 29, 2020

Perhatian: Sistem Kelas Terbuka masih DITUTUP yang ada Inhouse training sahaja

Salam sejahtera,

CIDB masih menutup sistem kelas terbuka walaupun telah melebihi tarikh yang dijanjikan (22 Jun). Tarikh terkini pengumuman CIDB yang berikutnya adalah 15 Julai 2020. Peserta dan majikan yang berhasrat membuat kad hijau (BARU) untuk pekerja diminta menelefon atau pergi ke pejabat CIDB untuk bertanya mereka. Hal ini kerana sistem CIDB dibuat oleh CIDB, jurulatih hanya boleh menjalankan kelas awam jika sistem telah dibuka sahaja. 

Untuk membuat kelas tertutup, anda diminta hubungi saya; 019-3687814 (Mastura) untuk majikan yang mempunyai ramai pekerja untuk membuat kad hijau. 

Selain itu, sebagai jurulatih, saya masih menawarkan perkhidmatan pembaharuan (Renewal) untuk ID majikan. 

Harga bagi ID majikan: 140 seorang dan semua urusan kad hijau dikendalikan oleh saya. 
Harga bagi ID individu: 110 seorang.

Namun begitu, majikan digalakkan meletakkan semua pekerja melalui ID majikan kerana kelulusan serta merta (hal ini kerana pekerja ada jaminan kad hijau melalui ID majikan). 
ID individu selalunya cumalah orang awam yang renew/datang berseorangan. Anda diminta mengikut nasihat yang saya berikan dan memberikan dokumen yang saya perlukan supaya urusan berjalan dengan lancar dan tidak tergendala/bermasalah. Jika saya suruh bagi IC, sila bagi IC, jangan taip sendiri, kerana kalau awak taip dalam whatsapp kadangkala salah... bila awak bagi saya data yang salah, sistem akan bercanggah dengan JPN. Apabila sudah bermasalah, kadar bayaran tidak termasuk dengan masalah yang perlu saya selesaikan ke Menara PWTC dan memakan masa 2 minggu lamanya. Apa yang saya nasihati/minta semuanya bersebab kerana kami telah berkemahiran menyelesaikan masalah selama 10 tahun lamanya. Eloklah kita elakkan benda yang tidak diingini supaya awak tak stress menunggu lama, saya pun tak stress nak mintak duit extra pergi PWTC. Sila hubungi Pn Mastura: 019-3687814 sekiranya TELAH BERSETUJU dengan harga di atas. 

Bagi pendaftaran kelas terbuka, boleh lah mula mendaftar nama dahulu kepada saya dengan bayaran 135 seorang. Nama anda akan dimasukkan dalam kelas saya yang TERCEPAT sebaik sahaja sistem dibuka. Hal ini kerana saya perlu merancang nama peserta dari sekarang kerana seiring dengan penjarakan sosial, satu kelas cuma TERHAD 24 orang. Sila hubungi Pn Mastura: 019-3687814 untuk Skim 135 ini



Wednesday, June 24, 2020

Renewal Kad Hijau

Salam sejahtera,

CIDB masih menutup sistem kelas terbuka walaupun telah melebihi tarikh yang dijanjikan (22 Jun). Tarikh terkini pengumuman CIDB yang berikutnya adalah 15 Julai 2020. Peserta dan majikan yang berhasrat membuat kad hijau (BARU) untuk pekerja diminta menelefon atau pergi ke pejabat CIDB untuk bertanya mereka. Hal ini kerana sistem CIDB dibuat oleh CIDB, jurulatih hanya boleh menjalankan kelas awam jika sistem telah dibuka sahaja. 

Namun begitu, sebagai jurulatih, saya masih menawarkan perkhidmatan pembaharuan (Renewal) untuk ID majikan. 

Harga bagi ID majikan: 140 seorang dan semua urusan kad hijau dikendalikan oleh saya. 
Harga bagi ID individu: 110 seorang.

Namun begitu, majikan digalakkan meletakkan semua pekerja melalui ID majikan kerana kelulusan serta merta (hal ini kerana pekerja ada jaminan kad hijau melalui ID majikan). 
ID individu selalunya cumalah orang awam yang renew/datang berseorangan. Anda diminta mengikut nasihat yang saya berikan dan memberikan dokumen yang saya perlukan supaya urusan berjalan dengan lancar dan tidak tergendala/bermasalah. Jika saya suruh bagi IC, sila bagi IC kerana kalau awak taip dalam whatsapp kadangkala salah dan sistem akan bercanggah dengan JPN. Apabila sudah bermasalah, kadar bayaran tidak termasuk dengan masalah yang perlu saya selesaikan ke Menara PWTC dan memakan masa 2 minggu lamanya. Apa yang saya nasihati/minta semuanya bersebab kerana kami telah berkemahiran menyelesaikan masalah selama 10 tahun lamanya. Sila hubungi Pn Mastura: 019-3687814 sekiranya TELAH BERSETUJU dengan harga di atas. 


Wednesday, June 10, 2020

Kursus Kad Hijau bulan Jun 2020 dengan SOP normal baharu

Penjarakan sosial telah dibuat di Akademi Kad Hijau, Plaza Pekeliling bagi memastikan SOP dipatuhi.

Penjarakan sosial telah dibuat untuk kelas TMH Padu dengan muatan 20 orang sahaja satu bilik berbanding sebelum ini 40 orang. Oleh itu, memandangkan tempat terhad, sila daftar segera sebelum penuh!!!

Salam sejahtera,

Apa khabar rakyat Malaysia? Diharapkan semua bakal pelajar berada dalam keadaan selamat & sihat walaupun seluruh dunia diuji dengan pandemik Covid-19.

Berita Baik! Susulan PKPP bermula 10 Jun - 31 Ogos 2020, kursus SICW atau Kursus Kad Hijau akan bermula dengan kadar segera!!!! Diingatkan lagi sekali, bahawa semua rakyat Malaysia MASIH PERLU mematuhi PKPP iaitu:

1. Larangan menganjurkan/menghadiri majlis besar yang memerlukan jumlah tontonan ramai yang tidak dapat mengawal penjarakan sosial seperti temasya sukan, taman tema, karnival & kelab malam.
2. Larangan penerbangan/pergerakan sempadan negara kecuali kepulangan warganegara Malaysia ke ibu pertiwi atau rakyat asing di bawah Skim Malaysia My Second Home (warga asing memerlukan sebanyak RM300 ribu deposit & jumlah tepat bergantung kepada nationality).
3. Larangan sukan yang melibatkan sentuhan seperti ragbi & gusti. Selain itu, kolam renang turut dilarang.

Selain dari 3 perkara di atas, semua aktiviti ekonomi, pergerakan interstate & sukan telah bermula hampir semua sekali dengan SOP.

Pihak kami bersedia mematuhi apa apa SOP bagi menjalankan SICW dengan cara yang selamat dan sihat. Tertakluk kepada berapa peserta maksimum mengikut SOP. Gambar di atas adalah bilik latihan Akademi Kad Hijau yang kami telah hadkan kerusi maksimum untuk 20 peserta dengan penjarakkan sosial 1 meter.

Sebagai langkah keselamatan tambahan pihak kami akan:

1. Menyediakan hand sanitizer di pintu masuk bilik latihan

2. Semua peserta akan disaring suhu badan dengan menggunakan alat pengesan suhu (thermometer) sebelum dibenarkan memasuki bilik latihan. Sebanyak 2 kali. Sesi Pagi dan Petang. Peserta yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5° tidak akan dibenarkan mengikuti kursus.

3. Setiap peserta diwajibkan membawa dan memakai pelitup muka (face mask) sepanjang kursus dijalankan. 

4. Jurulatih akan menghentikan kelas setiap 2 jam bagi membolehkan "air-borne" tidak berkitar dalam jangka masa yang lama. Umum mengetahui bahawa kelas yang dijalankan selama ini sememangnya direhatkan setiap 2 jam bagi memberi ruang kepada pelajar untuk memahami & berbincang dengan rakan sekelas tentang intipati ceramah.

Tarikh terkini kursus akan di update secepat yang mungkin sebaik sahaja sistem jurulatih dibuka. Kelas dengan Puan Mastura masih kekal setiap Isnin & Selasa. Sila whatsapp untuk Skim 135 ringgit untuk booking slot anda secepat mungkin sebelum penuh. 019-3687814 (Mastura)



Temporary Pass