Promote Your Service? Contact Us

Name

Email *

Message *

Kursus SICW di Tapak Binaan

Kami jurulatih kad hijau, akan membuat kelas kad hijau yang paling murah di SELURUH MALAYSIA. Bermula Februari 2021, kami TELAH MENGHENTIKAN kelas awam/terbuka dan beralih semula kepada kelas tertutup/private iaitu INHOUSE TRAINING di site masing-masing.


Susulan situasi tidak menentu Covid-19 yang melanda negara, TMH Padu di Akademi Kad Hijau memutuskan hanya membuat kelas private.


Kami menyediakan SICW inhouse training dengan CAJ PENGURUSAN MINIMA kerana dibuat di tapak binaan sendiri. Jadi anda tidak perlu menyewa sebuah bas atau van untuk menghantar pekerja anda ke pusat latihan. Zaman sekarang shopping online pun ada courier cost.


TEMPOH

Kursus SICW dengan pihak kami boleh dibuat secepat 14 hari.


BAYARAN

Bayaran kami yang terendah iaitu RM 1,000 sahaja sekitar Kuala Lumpur untuk separuh kelas.

Bayaran di kawasan lain Semenanjung Malaysia pula adalah RM1,750 sahaja.


Tiada lagi caj melalui CIDB. Cuma ini sahaja bayaran yang perlu dibuat.


Namun begitu, utk mengelakkan bayaran terendah ini dimanipulasi, sebut harga (quotation) hanya diberi kepada kontraktor yg TELAH bersetuju dgn harga yg dinyatakan sahaja, dilarang meminta sebut harga kami utk tujuan perbandingan harga dgn jurulatih yg lain.

Sila hubungi terus jurulatih terbabit: 019-6782385 atau 019-3687814 (Puan Mastura) untuk pertanyaan kelas di tapak binaan sahaja, pertanyaan memproses kad hijau sila hubungi CIDB

Monday, June 29, 2020

Perhatian: Sistem Kelas Terbuka masih DITUTUP yang ada Inhouse training sahaja

Salam sejahtera,

CIDB masih menutup sistem kelas terbuka walaupun telah melebihi tarikh yang dijanjikan (22 Jun). Tarikh terkini pengumuman CIDB yang berikutnya adalah 15 Julai 2020. Peserta dan majikan yang berhasrat membuat kad hijau (BARU) untuk pekerja diminta menelefon atau pergi ke pejabat CIDB untuk bertanya mereka. Hal ini kerana sistem CIDB dibuat oleh CIDB, jurulatih hanya boleh menjalankan kelas awam jika sistem telah dibuka sahaja. 

Untuk membuat kelas tertutup, anda diminta hubungi saya; 019-3687814 (Mastura) untuk majikan yang mempunyai ramai pekerja untuk membuat kad hijau. 

Selain itu, sebagai jurulatih, saya masih menawarkan perkhidmatan pembaharuan (Renewal) untuk ID majikan. 

Harga bagi ID majikan: 140 seorang dan semua urusan kad hijau dikendalikan oleh saya. 
Harga bagi ID individu: 110 seorang.

Namun begitu, majikan digalakkan meletakkan semua pekerja melalui ID majikan kerana kelulusan serta merta (hal ini kerana pekerja ada jaminan kad hijau melalui ID majikan). 
ID individu selalunya cumalah orang awam yang renew/datang berseorangan. Anda diminta mengikut nasihat yang saya berikan dan memberikan dokumen yang saya perlukan supaya urusan berjalan dengan lancar dan tidak tergendala/bermasalah. Jika saya suruh bagi IC, sila bagi IC, jangan taip sendiri, kerana kalau awak taip dalam whatsapp kadangkala salah... bila awak bagi saya data yang salah, sistem akan bercanggah dengan JPN. Apabila sudah bermasalah, kadar bayaran tidak termasuk dengan masalah yang perlu saya selesaikan ke Menara PWTC dan memakan masa 2 minggu lamanya. Apa yang saya nasihati/minta semuanya bersebab kerana kami telah berkemahiran menyelesaikan masalah selama 10 tahun lamanya. Eloklah kita elakkan benda yang tidak diingini supaya awak tak stress menunggu lama, saya pun tak stress nak mintak duit extra pergi PWTC. Sila hubungi Pn Mastura: 019-3687814 sekiranya TELAH BERSETUJU dengan harga di atas. 

Bagi pendaftaran kelas terbuka, boleh lah mula mendaftar nama dahulu kepada saya dengan bayaran 135 seorang. Nama anda akan dimasukkan dalam kelas saya yang TERCEPAT sebaik sahaja sistem dibuka. Hal ini kerana saya perlu merancang nama peserta dari sekarang kerana seiring dengan penjarakan sosial, satu kelas cuma TERHAD 24 orang. Sila hubungi Pn Mastura: 019-3687814 untuk Skim 135 ini



No comments:

Post a Comment

Temporary Pass