|
Penjarakan sosial telah dibuat di Akademi Kad Hijau, Plaza Pekeliling bagi memastikan SOP dipatuhi. |
|
Penjarakan sosial telah dibuat untuk kelas TMH Padu dengan muatan 20 orang sahaja satu bilik berbanding sebelum ini 40 orang. Oleh itu, memandangkan tempat terhad, sila daftar segera sebelum penuh!!! |
Salam sejahtera,
Apa khabar rakyat Malaysia? Diharapkan semua bakal pelajar berada dalam keadaan selamat & sihat walaupun seluruh dunia diuji dengan pandemik Covid-19.
Berita Baik! Susulan PKPP bermula 10 Jun - 31 Ogos 2020, kursus SICW atau Kursus Kad Hijau akan bermula dengan kadar segera!!!! Diingatkan lagi sekali, bahawa semua rakyat Malaysia MASIH PERLU mematuhi PKPP iaitu:
1. Larangan menganjurkan/menghadiri majlis besar yang memerlukan jumlah tontonan ramai yang tidak dapat mengawal penjarakan sosial seperti temasya sukan, taman tema, karnival & kelab malam.
2. Larangan penerbangan/pergerakan sempadan negara kecuali kepulangan warganegara Malaysia ke ibu pertiwi atau rakyat asing di bawah Skim Malaysia My Second Home (warga asing memerlukan sebanyak RM300 ribu deposit & jumlah tepat bergantung kepada nationality).
3. Larangan sukan yang melibatkan sentuhan seperti ragbi & gusti. Selain itu, kolam renang turut dilarang.
Selain dari 3 perkara di atas, semua aktiviti ekonomi, pergerakan interstate & sukan telah bermula hampir semua sekali dengan SOP.
Pihak kami bersedia mematuhi apa apa SOP bagi menjalankan SICW dengan cara yang selamat dan sihat. Tertakluk kepada berapa peserta maksimum mengikut SOP. Gambar di atas adalah bilik latihan Akademi Kad Hijau yang kami telah hadkan kerusi maksimum untuk 20 peserta dengan penjarakkan sosial 1 meter.
Sebagai langkah keselamatan tambahan pihak kami akan:
1. Menyediakan hand sanitizer di pintu masuk bilik latihan
2. Semua peserta akan disaring suhu badan dengan menggunakan alat pengesan suhu (thermometer) sebelum dibenarkan memasuki bilik latihan. Sebanyak 2 kali. Sesi Pagi dan Petang. Peserta yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5° tidak akan dibenarkan mengikuti kursus.
3. Setiap peserta diwajibkan membawa dan memakai pelitup muka (face mask) sepanjang kursus dijalankan.
4. Jurulatih akan menghentikan kelas setiap 2 jam bagi membolehkan "air-borne" tidak berkitar dalam jangka masa yang lama. Umum mengetahui bahawa kelas yang dijalankan selama ini sememangnya direhatkan setiap 2 jam bagi memberi ruang kepada pelajar untuk memahami & berbincang dengan rakan sekelas tentang intipati ceramah.
Tarikh terkini kursus akan di update secepat yang mungkin sebaik sahaja sistem jurulatih dibuka. Kelas dengan Puan Mastura masih kekal setiap Isnin & Selasa. Sila whatsapp untuk Skim 135 ringgit untuk booking slot anda secepat mungkin sebelum penuh. 019-3687814 (Mastura)
No comments:
Post a Comment